By alim maktar
SEREMBAN 16 Ogos - Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) akan menyerahkan enam resolusi yang dicapai pada Seminar Islam dan Cabaran Semasa: Memperkasa Perjuangan Agama dan Bangsa kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.Presidennya, Yusri Mohamad berkata, resolusi yang sama juga akan diserahkan kepada parti-parti politik di negara ini.
''Resolusi ini dibuat selepas melihatkan terdapat kecenderungan pihak tertentu di negara ini atas nama globalisasi, liberalisasi dan hak asasi terutama selepas Pilihan Raya Umum ke-12 yang mentafsir asas membentuk teras negara bangsa Malaysia secara melulu.
''Jelas, golongan ini tidak meraikan semangat permuafakatan yang terbina sejak lebih 50 tahun negara merdeka," kata beliau pada sesi penutup seminar petang ini.
Resolusi yang dibaca di hadapan kira-kira 800 peserta itu antara lain merumuskan, golongan tertentu dengan sengaja menghilangkan peranan sejarah, sosiobudaya, geopolitik dan lebih utama peranan Islam itu sendiri sehingga boleh mengundang bahaya terhadap kestabilan negara.
Resolusi lain ialah:
* Angin perubahan atas nama globalisasi, liberalisasi dan hak asasi jangan dijadikan alasan untuk melunturkan keistimewaan hak orang Melayu, kedudukan Bahasa Melayu, Raja-Raja Melayu dan Islam sebagai agama Persekutuan sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
* Menyeru rakyat Malaysia mempertahankan kontrak sosial sebagai asas pembinaan negara bangsa yang majmuk dan menolak usaha menggugat fabrik sosial.
* Mendesak kerajaan memperbaharui komitmen terhadap dasar utama pendidikan, kebudayaan dan bahasa kerana ia menjadi teras utama dalam pembinaan perpaduan nasional.
*Mendesak kerajaan menjunjung integriti dan akauntabiliti dalam pentadbiran awam, institusi kehakiman, perundingan dan polis dengan kesemuanya perlu dikendalikan oleh manusia yang cekap, tegas, telus dan adil serta tidak memilih bulu.
*Menyeru semua pihak melakukan usaha agresif memperkasakan institusi Melayu termasuk raja-raja Melayu, majlis agama, ulama, ilmuan, tokoh masyarakat, pertubuhan masyarakat, media Melayu dan kelompok usahawan demi melahirkan generasi Melayu lebih tersusun dari sudut visi dan misi.
By alim maktar
IPOH 28 Julai – UMNO negeri ini menawarkan kepada Pas cadangan untuk menubuhkan kerajaan negeri di Perak yang jika dapat direalisasikan bakal menjadi simbol perpaduan politik Melayu dan Islam.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mohd. Tajol Rosli Ghazali berkata, UMNO juga bersedia menerima wakil Pas sebagai Menteri Besar Perak dengan beliau sendiri tidak akan memegang sebarang jawatan dalam kerajaan kerana tidak mahu dikata hendak menguasai pentadbiran negeri.
Menurut beliau, Perak boleh menjadi medan terbaik untuk Pas dan UMNO memulakan kerjasama antara kedua-dua parti itu memandangkan penduduk negeri ini terdiri daripada pelbagai kaum berbanding Kelantan yang majoriti penduduknya adalah orang Melayu.
‘‘Pada saya, kalau hendak mulakan kerjasama atau penggabungan, elok dimulakan di Perak kerana negeri ini mempunyai penduduk Melayu, Cina, India dan Orang Asli... mentadbir Perak dan Kelantan tidak sama.
‘‘Kalau boleh, wujudkan dasar-dasar macam mana hendak mentadbir. Kita boleh perluaskan kerjasama itu ke negeri-negeri lain di seluruh Malaysia dan ia membolehkan UMNO dan Pas mewujudkan dasar yang lebih praktikal kepada semua rakyat,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Tajol Rosli berkata demikian sebagai reaksi kepada kenyataan Mursyidul Am Pas yang juga Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kelmarin yang mengesyorkan supaya UMNO dan Pas dibubarkan bagi membuka laluan kepada penubuhan sebuah parti baru berlandaskan Islam.
Mengulas lanjut, Tajol Rosli yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak berkata, kerajaan baru Perak yang dianggotai UMNO dan Pas serta komponen BN akan mengukuhkan kerajaan negeri yang pada masa ini hanya mempunyai 31 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).
Ketika ini BN memiliki 28 wakil rakyat dalam DUN Perak, kurang dua kerusi berbanding pakatan pembangkang yang memerintah Perak.
Pakatan DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas memerintah Perak selepas pilihan raya umum 8 Mac lepas. DAP mempunyai 18 kerusi di DUN Perak, PKR memenangi tujuh kerusi, manakala Pas hanya memiliki enam wakil rakyat termasuk Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin yang dilantik sebagai Menteri Besar.
Tajol Rosli berkata, wakil rakyat PKR dan DAP juga boleh turut serta dalam kerajaan baru Pas-BN sekiranya mereka berminat kerana apa yang penting adalah mewujudkan kerajaan negeri yang kukuh.
Jika Pas dan BN bergabung membentuk kerajaan, ia mempunyai 34 kerusi dalam DUN Perak.
Menurut beliau, kerajaan negeri Perak hari ini dilihat begitu lemah dan ini terbukti semasa pelantikan Speaker DUN baru-baru ini apabila ada pihak terpaksa pergi dari meja ke meja untuk memastikan wakil rakyat DAP, PKR dan Pas mengundi calon yang mereka pilih.
“Kalau kita hendak wujudkan kerajaan yang stabil dan kukuh, ia mesti menggabungkan BN dalam kerajaan. Atas sebab itu, saya menerima baik syor Nik Abdul Aziz bahawa UMNO dan Pas kena bekerjasama dahulu.
“Selepas bekerjasama, terpulang kepada pucuk pimpinan parti iaitu Presiden UMNO dan Presiden Pas untuk membincangkan pembubaran kedua-dua parti itu dan tubuhkan sebuah parti politik baru bagi mewakili orang Islam dan kaum bumiputra,” ujar beliau.
Katanya, kerjasama antara UMNO dan Pas adalah penting untuk mewujudkan kestabilan politik bagi membolehkan Malaysia dan Perak mencapai status negara dan negeri maju pada 2020.
“Sebenarnya, perpecahan orang Melayu di Malaysia tidak akan dapat mewujudkan kestabilan politik bagi negara ini.
“Kita mesti mula dengan kerjasama antara kaum dahulu. Jika orang Melayu tidak boleh bersatu, bagaimanakah kaum-kaum lain boleh bersatu?'' katanya.
Tajol Rosli memberitahu, kerjasama dan penggabungan antara Pas dan UMNO lebih mudah berbanding gabungan Pas dengan DAP kerana perbezaaan ideologi yang ketara antara kedua-dua parti itu.
“Apabila DAP mahu mengkaji semula keanggotaan Pas dalam pakatan pembangkang, kita memberi laluan kepada Pas untuk bekerjasama membentuk kerajaan negeri di Perak,” katanya....utusan
By alim maktar
Merujuk pada akhbar Utusan Malaysia pada hari ini,Majlis Tindakan Rakyat Kelantan(MTRK)akan menghantar surat kepada yang YDPA susulan kuota biasiswa pada tahun ini tidak mencapai kuota sebelum ini 90-10.
Pada tahun ini ,koata JPA untuk rakyat negara ini menyambung pelajaran ke peringkat pengajian tinggi ialah 55 untuk bumiputra dan 45 untuk bukan bumi.
Oleh yang demikian , saya selaku Bekas Presiden Kebajian Anak-anak Kelantan UPM dan mewakili exco-exco yang telah berhidmat bersama saya dulu menyokong tindakan MTRK.
Kami berharap MTRK menyegerakan usaha yang murni ini.Kami bukan sempit berpikiran menyokong usuha ini adalah semata-mata tamak,tapi ini soal keseimbangan untuk perkongsian kuasa yang pintar dan ianya adalah termaktub dalam hak-hak Keistimewaan Orang-orang Melayu yang jelas dalam Perlembaan Negara dan ianya dibawah Kuasa YDPA.
By alim maktar
Pada pendapat saya, Pas sapatutnye lebih terbuka dalam isu ini.Saya cukup memahami apa yang ditakuti oleh sesetangah pemimpin utama Pas seperti TG Datuk Nik Aziz dan ahli Pas diakar umbi,mereka tidak mahu pisang berbuah dua kali seperti apa yang berlaku krisis tahun 1973 dimana disebab kan Pas menyertai BN menyebabkan Pas berpecah kepada tiga kumpulah kecil.
Apa yang hendak saya tekan kan di sini perlu kita ingat Pas pada zaman itu yang di pimpin oleh Dato Asri lebih dilihat 'beria-ia' dan membuat keputusan yang singkat untuk menyertai BN dan apatah lagi pada masa itu ada sesetangah peminpin mengejar kurusi menteri.
Sekarang situasi dah berubah, saya yakin peminpin utama Pas lebih Pro dan bijak.
Saya melihat situasi sekarang UMNO yang lebih 'beria-ia' dalam memujuk Pas untuk bersemuka.Oleh yang demikian, Pas perlu lebih profesional, dan boleh meletakkan syarat -syarat yang dirasakan mereka penting untuk agama bangsa dan negera.
Sebagai contoh UMNO dari awal-awal lagi sudah menyatakan kan meraka tidak meletakkan sebarang syarat-syarat dalam pertemuan ini.Ini menunjukkan UMNO yang lebih bersikap terbuka, dan inilah peluang Pas kalau betul-betul mahu menegakkan Islam yang sebenar yang mereka katakan Islam Hadhari yang dibawa oleh UMNO itu sedikit tersasar.Pas boleh memainkan peranan dalam soal ini.
Kesimpulan nya, saya cukup optimis dan yakin penggabungan UMNO -PAS bukan menjurus kepada kebinaasaan jika kedua-dua pemimpin parti bijak dalam membuat keputusan terbaik.
By alim maktar
Kepada semua yang melayari laman web saya ni, diucapkan selamat datang dan salam perkenalan.Saya memohon maaf kerana laman web ini masih dalam pembinaan sepenuhnya